Sepatutnya bila kita dah meningkat dewasa semakin banyak
benda baru kita pelajari.Daripada tadika kemudian sekolah rendah seterusnya
hinggalah kealam pekerjaan.Pasti banyak benda baru yg kita akan pelajari setiap
peringkat.
Tapi kadangkala kita akan rasa seperti kita tak belajar
apa-apa pun,aktiviti-aktiviti yang kita lakukan seharian seolah-olah tidak
memerlukan kesemua ilmu yang kita pelajari akhirnya ia dilupakan begitu
sahaja.Ilmu yang kita pelajari itu cukup sekadar dihafal dan ditulis di
kertas-kertas peperiksaan kemudian ditinggalkan dan dilupakan.
Akhirnya kita gagal memanfaatkan ilmu yang kita ada itu
untuk dikongsi pada mereka yang sangat memerlukan.Bahkan ada yang lebih teruk
dari itu,ilmu yang dipelajari hanya disimpan untuk diri sendiri dan kedekut
untuk dikongsi kepada orang lain agar biar nampak dia seorang sahaja yang
pandai.
Begitu juga dalam tarbiyah yang kita terima,sepatutnya
semakin lama kita berjinak dalam dunia yang penuh mihnah dan cubaan semakin
banyak perkara yang kita pelajari.Dari mula kita mengenal apa itu ‘bulatan
gembira’,membina peribadi muslim,maratib amal dan sebagainya.
Tapi kadangkala pernah juga terasa apabila diminta untuk
membuat sesi perkongsian bersama teman-teman dan mad’u kita rasa seolah-olah
macam tak tahu apa-apa.Bahkan pernah juga terfikir semula “laaa apa yang aku
dapat selama bertahun-tahun aku ikut tarbiah ek?”
Ada juga golongan yang mengikut tarbiah sekadar bermain-main
teori dalam kepala tetapi tak pernah untuk diterjemahkan dalam bentuk
amal.Bahkan ada juga golongan yang ‘cukup bahagia’ baik sendiri-sendiri dan tak
kisah dengan keadaan sekeliling yang semakin tenat.
Sepatutnya dan sebenarnya ilmu atau tarbiah yang kita dapat
dan fahami perlu disebarkan dan dimanfaatkan pada orang lain juga.Tak nak kah
kita mencipta satu saham yang akhirnya membawa keuntungan pada kita
juga?Bukannya sekadar kita ‘peram’ dalam diri kita sendiri akhirnya menjadi
busuk lalu dibuang.
Pernah juga orang kata Allah bagi kita lupa sesuatu ilmu itu
ada 2 sebab.Pertama atas sebab dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan atau yang kedua Allah ingin memberi kita hidayah dengan kita merasakan ilmu yang kita ada ini
tak pernah cukup dan kena terus mencari dan mencari ilmu tersebut.
Semakin banyak kita memberi,semakin banyak kita menerima.
wallahua’lam
No comments:
Post a Comment