Monday, May 13, 2013

Adakah kamu bersyukur?



Kamu melihat orang yang berjalan menggunakan tongkat,sedangkan kamu berjalan dengan kedua belah kaki yang sehat,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahui ada rakan yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana bebanan kewangan,sedangkan kamu Allah bagi peluang belajar di luar negara dengan pelbagai kemudahan,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat ada orang yang hanya makan roti isy(arab) kosong dan minumannya air paip,sedangkan kamu makan makanan yang sangat sedap dan cukup khasiat,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat ada mereka yang tidur dijalanan bertilamkan lantai yang sejuk dan keras,sedangkan kamu tidur dirumah yang cukup selesa bertilamkan tilam yang sangat empuk,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat mereka yang berpakaian lusuh,compang camping,koyak sana sini,sedangkan kamu berpakain dengan penuh cantik dan handsome sekali tambahan pula dengan aksesori tambahan seperti perfume,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahu ada mereka yang diluar sana belum dipertemukan dengan jodohnya,sedangkan kamu sudah beristeri dan merasai nikmatnya hidup berumah tangga,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat mereka jahil agama,yang halal diharamkan,yang haram dihalalkan,hidayah belum menyentuh hati mereka,sedangkan kamu mengikuti tarbiyah berbelas tahun,bahkan puluhan tahun,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahui diluar sana ada mereka yang tidak cukup kasih sayang ibubapa kerana kehilangan salah satu daripadanya atau pun kedua-duanya sekali,sedangkan kamu merasai bahagiannya kasih sayang tersebut sehingga terlebih-lebih pun ada,adakah kamu bersyukur?

"barangsiapa yang bersyukur,maka syukurnya itu untuk dirinya sendiri,dan siapa yang kufur,maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya"

Eh kamu sedarlah,ada mereka disana yang jauh lebih susah daripada diri kamu,kamu buat-buat buta atau tidak mengendahkan langsung nikmat yang Allah dah berikan?Atau kerana hatimu terlalu hitam hingga hidayah Allah itu terhalang dari memasuki hati kamu?

Sentiasalah melihat mereka yang berada dibawah,dengan itu kamu akan mengetahu sifat qanaah(rasa cukup) itu.
Janganlah pula kamu melihat mereka yang berada diatas,dengan itu kamu akan terus menjadi bakhil dan tamak.

#coretan melihat penduduk mesir pulang dari study group.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes