Wednesday, March 4, 2015

Hilang Punca

Bagi seorang manusia kehilangan punca apa sebab kita buat satu-satu benda itu merupakan benda yang sangat crucial.

Bila mana kita hilang matlamat perkara yang kita nak lakukan dan kita pun tak tahu sama ada benda itu baik atau buruk.Kita tak tahu apa sebab kita buat benda itu dan akhirnya ianya merupakan amalan yang sia-sia.

Muslim sepatutnya dia kena jelas apa yang dia nak lakukan.Jangan kita rasa apa yang kita lakukan sekarang tidak memberi kesan pada masa depan kita bahkan mungkin juga ianya memberi kesan pada orang sekeliling anda.

Berapa banyak Allah dah bagitahu dalam al quran amat berbeza sekali dengan orang yg mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.

Kita kena tanya pada diri kita "sebab apa buat macam itu?" "sebab apa kena buat benda ini?".Kalau kita pun tak dapat jawab baik tak payah buat benda itu sebab kita pun tak dapat nak define benda itu baik untuk diri kita atau tak.

Semoga Allah memberi hidayah pada diri ini agar sentiasa dikurniakan hati dan akal yang bersih supaya mudah untuk berfikir.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes