Thursday, February 28, 2013

Beruzlah


Beruzlah

beruzlah



Beruzlah | Ya itu perkataan yg aku perlukan ketika ini.Ada apa dengan beruzlah?Bukankah manusia itu diciptakan untuk saling bergaul dan bertaaruf?Jadi kenapa perlu bersendirian pula?

Melihat kepada huraian sirah baginda s.a.w karangan Ramadan Al-Buti,beliau menceritakan betapa pentingnya fasa beruzlah pada diri baginda sebelum diangkat menjadi seorang pemimpin risalah agung.

Antara sebabnya adalah supaya dapat menghindarkan diri daripada masyarakat jahiliah yg terlalu fasad dengan jahiliah mereka,maka rasulullah perlu mencari tempat yg jauh dan sesuai untuk bertafakur serta berzikir pada Allah.

Seterusnya ini juga merupakan fasa isti'dad(persediaan) sebelum beliau diangkat menjadi rasul dimana cabaran yg beliau akan hadapi nanti bukan calang-calang bahkan hingga mampu tergadai nyawa.

Cukuplah 2 itu sahaja point yg ingin diambil.Diri ini rasa memerlukan sedikit tempoh dan masa untuk beruzlah sementara,untuk muhasabah diri,jiwa,hati dan matlamat hidup.

Diri ini perlu 'berkhalwat' dengan Allah buat masa ini.Entah sudah berapa lama air mata ini tidak menitis berdoa meminta keampunan.Entah berapa lama hati ini telah gersang dan kering kontang.Sungguh aku rindukan saat kesyahduan menangis hanya berdua bersamaMu.

Hati ini perlu bercinta semula dengan 'tuannya'.Dengan cinta yg mendalam barulah diri terasa ringan untuk membuat kerja-kerja dakwah.Mungkin itu puncanya,cinta itu mula malap dari hari ke hari.Maafkan hambamu ini~

Maafkan diriku ini,aku perlukan masa untuk bersendirian agar kelak aku keluar daripada beruzlah ini dengan diri dan semangat yg baru.Semuanya tidak lain tidak bukan hanya ingin menggapai redha DIA yg satu,itu sahaja.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes