Wednesday, March 4, 2015

Hilang Punca

Bagi seorang manusia kehilangan punca apa sebab kita buat satu-satu benda itu merupakan benda yang sangat crucial.

Bila mana kita hilang matlamat perkara yang kita nak lakukan dan kita pun tak tahu sama ada benda itu baik atau buruk.Kita tak tahu apa sebab kita buat benda itu dan akhirnya ianya merupakan amalan yang sia-sia.

Muslim sepatutnya dia kena jelas apa yang dia nak lakukan.Jangan kita rasa apa yang kita lakukan sekarang tidak memberi kesan pada masa depan kita bahkan mungkin juga ianya memberi kesan pada orang sekeliling anda.

Berapa banyak Allah dah bagitahu dalam al quran amat berbeza sekali dengan orang yg mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.

Kita kena tanya pada diri kita "sebab apa buat macam itu?" "sebab apa kena buat benda ini?".Kalau kita pun tak dapat jawab baik tak payah buat benda itu sebab kita pun tak dapat nak define benda itu baik untuk diri kita atau tak.

Semoga Allah memberi hidayah pada diri ini agar sentiasa dikurniakan hati dan akal yang bersih supaya mudah untuk berfikir.

Wallahua'lam.

Monday, May 13, 2013

Adakah kamu bersyukur?



Kamu melihat orang yang berjalan menggunakan tongkat,sedangkan kamu berjalan dengan kedua belah kaki yang sehat,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahui ada rakan yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana bebanan kewangan,sedangkan kamu Allah bagi peluang belajar di luar negara dengan pelbagai kemudahan,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat ada orang yang hanya makan roti isy(arab) kosong dan minumannya air paip,sedangkan kamu makan makanan yang sangat sedap dan cukup khasiat,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat ada mereka yang tidur dijalanan bertilamkan lantai yang sejuk dan keras,sedangkan kamu tidur dirumah yang cukup selesa bertilamkan tilam yang sangat empuk,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat mereka yang berpakaian lusuh,compang camping,koyak sana sini,sedangkan kamu berpakain dengan penuh cantik dan handsome sekali tambahan pula dengan aksesori tambahan seperti perfume,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahu ada mereka yang diluar sana belum dipertemukan dengan jodohnya,sedangkan kamu sudah beristeri dan merasai nikmatnya hidup berumah tangga,adakah kamu bersyukur?

Kamu melihat mereka jahil agama,yang halal diharamkan,yang haram dihalalkan,hidayah belum menyentuh hati mereka,sedangkan kamu mengikuti tarbiyah berbelas tahun,bahkan puluhan tahun,adakah kamu bersyukur?

Kamu mengetahui diluar sana ada mereka yang tidak cukup kasih sayang ibubapa kerana kehilangan salah satu daripadanya atau pun kedua-duanya sekali,sedangkan kamu merasai bahagiannya kasih sayang tersebut sehingga terlebih-lebih pun ada,adakah kamu bersyukur?

"barangsiapa yang bersyukur,maka syukurnya itu untuk dirinya sendiri,dan siapa yang kufur,maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya"

Eh kamu sedarlah,ada mereka disana yang jauh lebih susah daripada diri kamu,kamu buat-buat buta atau tidak mengendahkan langsung nikmat yang Allah dah berikan?Atau kerana hatimu terlalu hitam hingga hidayah Allah itu terhalang dari memasuki hati kamu?

Sentiasalah melihat mereka yang berada dibawah,dengan itu kamu akan mengetahu sifat qanaah(rasa cukup) itu.
Janganlah pula kamu melihat mereka yang berada diatas,dengan itu kamu akan terus menjadi bakhil dan tamak.

#coretan melihat penduduk mesir pulang dari study group.

Saturday, May 4, 2013

#DiJalanDakwahAkuBersamaApit


Bismillah,lama sudah tidak menaip dalam blog ini,kalau tulis pun bukannya ada orang baca,uhuk~Tajuk entri pada kali ini #DiJalanDakwahAkuBersamaApit.Ini penulisan berbentuk peribadi selama mana ana mengenal apit diatas jalan dakwah ini.

Mula berkenalan dengan akh apit sewaktu di program orentasi AQM,pada waktu itu kami satu kumpulan dan ana merupakan ketua kumpulan tersebut.Selama seminggu program tersebut tak tahu pun dia merupakan seorang akh yg juga turut bersama atas jalan dakwah ini.

Setibanya di Mesir baru tahu rupanya dia memang program sekali di Malaysia,maka kami pun dihalaqahkan bersama dengan naqib lagend akh Zahid.



Itu merupakan tempoh perkenalan ana dan apit,jadi straight to the point,beliau telah pun selamat berkahwin semalam pada tanggal 3/5/13 bersama ukht Nadhirah.Secara jujurnya ana sangat bergembira tapi terselit sedikit kesedihan dalam hati,kerana 2 tahun kami duduk serumah bersama dan pada tahun ini duduk bilik bersama banyak kenangan dan memori baik yg manis mahupun pahit.

Ana akan sentiasa terkenang saat kita mula kehilangan 'sumber' dan kita sama2 pening dan risau mcm mana nak terus bertahan atas jalan ini.

Ana akan sentiasa terkenang sewaktu ana masih bergelumang dengan jahiliah,anta akan tegur "syamil berapa lama dah anta ****?"

Ana akan sentiasa terkenang kita makan serapan sawabi',to'miyah dan ful bersama dalam bilik dan tutup pintu rapat2 supaya orang tak dengar kita bercurhat.

Ana akan sentiasa terkenang saat anta menasihati ana ketika futur "sampai bila kita nak mengharap orang akan sentiasa suap kita atas jalan dakwah ini" , "Kalau anta futur bacalah buku madrasah tarbiyah Hasan Al-Banna dalam tu complete semua ada".ohoi siapa yg tak terbakar balik kalau ada orang nasihat mcm tu.

Anta juga jenis yg susah nak kata tidak bila orang minta tolong,walau benda kecik mcm minta teman bawa motor pergi jawazat.hehe~

Lepas ni tak dapat dah sambut bersama,hehe~

Ana tak pandai nak bg ucapan semalam,jadi tulis kat sini je la.

Ucapan ana semoga anta terus thabat dan kuat diatas jalan dakwah ini,meningkatnya dalam maratib amal bukannya kerja kita semakin mudah,tetapi bertambah sukar,jangan lupa kami ikhwah yg masih lagi dalam fasa individu muslim =) 

Kata-kata anta yang ana paling ingat sekali ialah "Diri ana bukannya milik sesiapa,tapi diri ana milik jemaah" semoga kata2 ini terus kekal dalam diri anta.



Anta banyak mengubah sejarah hidup ana,doakan ana mampu jadi sehebat anta bahkan jauh lebih hebat dari anta,dan lepas ini tak dapat rasa duduk serumah dengan anta sampai ini sahaja memori kita duduk serumah bersama :)

Moment terindah hidup serumah di Beit Tilmisani.Sama2 berperang dengan jahiliah bersama ahli beit dengan penuh suka dan duka,nangis dan ketawa.haha.Allah menjadi saksi keseronokan kita semua.

Jaga Apit baik2 dari kami ahli Beit Abu Bakar~

P/s:kepada zaujah apit,jaga apit elok2,bagi makan cukup2..haha (ok ini nakal)

(air mata mengalir,masuk habuk la)

Thursday, February 28, 2013

Beruzlah


Beruzlah

beruzlah



Beruzlah | Ya itu perkataan yg aku perlukan ketika ini.Ada apa dengan beruzlah?Bukankah manusia itu diciptakan untuk saling bergaul dan bertaaruf?Jadi kenapa perlu bersendirian pula?

Melihat kepada huraian sirah baginda s.a.w karangan Ramadan Al-Buti,beliau menceritakan betapa pentingnya fasa beruzlah pada diri baginda sebelum diangkat menjadi seorang pemimpin risalah agung.

Antara sebabnya adalah supaya dapat menghindarkan diri daripada masyarakat jahiliah yg terlalu fasad dengan jahiliah mereka,maka rasulullah perlu mencari tempat yg jauh dan sesuai untuk bertafakur serta berzikir pada Allah.

Seterusnya ini juga merupakan fasa isti'dad(persediaan) sebelum beliau diangkat menjadi rasul dimana cabaran yg beliau akan hadapi nanti bukan calang-calang bahkan hingga mampu tergadai nyawa.

Cukuplah 2 itu sahaja point yg ingin diambil.Diri ini rasa memerlukan sedikit tempoh dan masa untuk beruzlah sementara,untuk muhasabah diri,jiwa,hati dan matlamat hidup.

Diri ini perlu 'berkhalwat' dengan Allah buat masa ini.Entah sudah berapa lama air mata ini tidak menitis berdoa meminta keampunan.Entah berapa lama hati ini telah gersang dan kering kontang.Sungguh aku rindukan saat kesyahduan menangis hanya berdua bersamaMu.

Hati ini perlu bercinta semula dengan 'tuannya'.Dengan cinta yg mendalam barulah diri terasa ringan untuk membuat kerja-kerja dakwah.Mungkin itu puncanya,cinta itu mula malap dari hari ke hari.Maafkan hambamu ini~

Maafkan diriku ini,aku perlukan masa untuk bersendirian agar kelak aku keluar daripada beruzlah ini dengan diri dan semangat yg baru.Semuanya tidak lain tidak bukan hanya ingin menggapai redha DIA yg satu,itu sahaja.

Wednesday, January 23, 2013

Berbaloikah kepuasan itu?


Bismillah,lama tak menaip dan berkongsi,ada juga yg minta kalau boleh diupdatekan blog ini.Tak tahu apa yg seronoknya dalam blog ini.

Berbalik pada tajuk,berbaloikah kepuasan itu?Apa yg puasnya?

Berbaloikah kita melakukan dosa yg hanya untuk memuaskan kehendak nafsu syahwat kita?
Berbaloikah kita kikir dalam bersedekah hanya kerana untuk memuaskan kehendak kita semata-mata?
Berbaloikah kita mengutuk dan mencaci orang hanya kerana mahu melampiaskan kemarahan dan ketidak puasan hati kita?
Berbaloikah kita bermalas-malasan dalam menolong manusia lain?

Semua persoalan itu berbalik pada diri kita,tepuk dada sendiri dan tanya iman elok-elok.

Kadang-kadang kita cuba mengejar kepuasan yg ada didunia ini seolah-olah itulah benda yg kita patut kejarkan dan kepuasan itulah yg kita patut dapatkan.Kita lebih gemar berehat-rehat dalam dunia ini yg sifatnya sementara.

Teringat perkongsian Hilal "kita bersusah payah dekat dunia ini hanyalah sementara sahaja,tapi nikmat ataupun balasan yg bakal kita kecapi di akhirat kelak sifatnya kekal."
Jadi kenapa kita perlu ambil perkara yg sementara daripada yg kekal?

Penulisan ini hanya utk tampar diri sendiri jer sebenarnya,alangkah bagusnya kalau orang yg baca penulisan ini tertampar sekali =)

Wallahua'lam.

Saturday, November 3, 2012

Semakin tahu,semakin blur




Sepatutnya bila kita dah meningkat dewasa semakin banyak benda baru kita pelajari.Daripada tadika kemudian sekolah rendah seterusnya hinggalah kealam pekerjaan.Pasti banyak benda baru yg kita akan pelajari setiap peringkat.

Tapi kadangkala kita akan rasa seperti kita tak belajar apa-apa pun,aktiviti-aktiviti yang kita lakukan seharian seolah-olah tidak memerlukan kesemua ilmu yang kita pelajari akhirnya ia dilupakan begitu sahaja.Ilmu yang kita pelajari itu cukup sekadar dihafal dan ditulis di kertas-kertas peperiksaan kemudian ditinggalkan dan dilupakan.

Akhirnya kita gagal memanfaatkan ilmu yang kita ada itu untuk dikongsi pada mereka yang sangat memerlukan.Bahkan ada yang lebih teruk dari itu,ilmu yang dipelajari hanya disimpan untuk diri sendiri dan kedekut untuk dikongsi kepada orang lain agar biar nampak dia seorang sahaja yang pandai.

Begitu juga dalam tarbiyah yang kita terima,sepatutnya semakin lama kita berjinak dalam dunia yang penuh mihnah dan cubaan semakin banyak perkara yang kita pelajari.Dari mula kita mengenal apa itu ‘bulatan gembira’,membina peribadi muslim,maratib amal dan sebagainya.

Tapi kadangkala pernah juga terasa apabila diminta untuk membuat sesi perkongsian bersama teman-teman dan mad’u kita rasa seolah-olah macam tak tahu apa-apa.Bahkan pernah juga terfikir semula “laaa apa yang aku dapat selama bertahun-tahun aku ikut tarbiah ek?”

Ada juga golongan yang mengikut tarbiah sekadar bermain-main teori dalam kepala tetapi tak pernah untuk diterjemahkan dalam bentuk amal.Bahkan ada juga golongan yang ‘cukup bahagia’ baik sendiri-sendiri dan tak kisah dengan keadaan sekeliling yang semakin tenat.

Sepatutnya dan sebenarnya ilmu atau tarbiah yang kita dapat dan fahami perlu disebarkan dan dimanfaatkan pada orang lain juga.Tak nak kah kita mencipta satu saham yang akhirnya membawa keuntungan pada kita juga?Bukannya sekadar kita ‘peram’ dalam diri kita sendiri akhirnya menjadi busuk lalu dibuang.

Pernah juga orang kata Allah bagi kita lupa sesuatu ilmu itu ada 2 sebab.Pertama atas sebab dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan atau yang kedua Allah ingin memberi kita hidayah dengan kita merasakan ilmu yang kita ada ini tak pernah cukup dan kena terus mencari dan mencari ilmu tersebut.

Semakin banyak kita memberi,semakin banyak kita menerima.

wallahua’lam


Wednesday, October 10, 2012

Ujian itu satu penilaian




Kadang-kadang kita begitu hairan dengan mereka yang begitu bersungguh dalam jalan dakwah yang penuh dengan mihnah ini.Cabaran-cabaran yang mereka hadapi bukan melemahkan mereka bahkan menjadikan mereka lebih kuat dan terus kuat daripada biasa.

Allah menjadikan musibah atau ujian itu untuk menilai iman para hambanya,semakin kuat ujian tersebut semakin tinggi nilai kasih sayang Allah pada kita.Emas dibakar pada suhu yang sangat tinggi untuk melihat tinggi mana nilai emas tersebut.

Para sahabat generasi agung yang tiada generasi boleh menggantikan mereka begitu sangat mendahagakan ujian daripada Allah.Bagi mereka ujian yang mereka terima itu merupakan satu kebaikan bagi mereka,tapi mereka sangat sedih apabila diri mereka tidak diuji,seolah-olah Allah membiarkan diri mereka begitu sahaja.

Seorang ulama pernah berkata(tak ingat namanya) “tiada kebaikan pada diri seorang hamba tersebut apabila dia tidak didatangi ujian oleh Allah dalam tempoh 40 hari”

Allah itu Maha Penyayang,Dia nak sangat mendengar rintihan atau luahan dari para hambanya meminta pertolongan atau dimudahkan urusan.Sudah pasti manusia tidak mampu memberikan pertolongan kepada kita melainkan hanya Allah sahaja.

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” [47:31]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes