Monday, August 6, 2012

Rahsia Sentuhan


Ana ingin membawa analogi tajuk yang diberikan dengan seketul burger 'crabby patty'

Apabila sebut crabby patty sudah tentu siapa yang mengikuti kartun spongebob tahu betapa hebatnya kesedapan burger tersebut sehingga mampu memukau penduduk lautan.’Orang’ sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk memakan burger tersebut.(Abaikan siapa yang tak pernah tengok kartun ini,ambil ibrah sahaja)

Apabila diselidik ramuan yang digunakan untuk membuat burger tersebut sama sahaja seperti burger-burger lain di luar sana.

Jadi apa yang mampu membuatkan burger tersebut sangat terkenal dengan kesedapannya?

Cukup analoginya disitu.

Kita sebagai daie dalam arena dakwah ini langkah-langkah dakwah semuanya kita ambil rujukan dari sirah nabi,buku-buku haraki dan sebagainya.Dan kita akan melihat ada orang yang berjaya menarik manusia ke lembah hidayah dan ada juga yang gagal sedangkan sumber rujukan kita sama.Jadi dimana silapnya?

Jadi jawapan bagi rahsia ‘crabby patty’ menjadi begitu osem adalah kerana SENTUHAN kasih sayang spongebob sewaktu memasaknya(mcm tak masuk akal,abaikan).Begitu juga kita seorang daie,tertariknya atau terkesannya orang dengan dakwah kita adalah kerana SENTUHAN kita.

Manusia yang ingin kita seru itu bukannya robot yang tiada perasaan dan hati yang boleh di programkan dengan menggunakan software-software tupp tupp jadi..Oh tak semudah itu untuk kita menyentuh hati-hati manusia di luar sana.Bahkan setiap manusia ada ‘kunci’nya yang tersendiri.

Terkesannya manusia diluar sana kerana sentuhan kita yang menyebabkan perasaan mereka ‘terbakar’ untuk melakukan perubahan.

Yang bisa merubah perasaan seseorang itu adalah sentuhan iman kedalam hatinya yang membangkitkan perasaan untuk membaiki diri dan seterusnya membaiki orang lain juga.

Untuk memiliki sentuhan ini seorang daie itu perlu mempunyai hubungan yang tersangat rapat dengan Allah dan hati yang ikhlas.Insyallah Allah akan membantu dan mempercukupkan keperluan kita dalam dakwah ini untuk menyentuh hati-hati manusia diluar sana.

Perbaikilah sedikit demi sedikit amal fardi kita dan ikhlaskanlah segala amal yang kita lakukan semata-mata kerana Allah.Dan serahkanlah diri kita pada cara hidup Islam sepenuhnya.

Dan aku tidak meminta suatu imbalan kepadamu atas ajakan itu,imbalanku hanyalah dari tuhan seluruh alam”-As-Syu’ara’ 145-
wallahua’lam

*coretan pengalaman hidup bersama seorang akh supersaiya =)

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes