Saturday, May 4, 2013

#DiJalanDakwahAkuBersamaApit


Bismillah,lama sudah tidak menaip dalam blog ini,kalau tulis pun bukannya ada orang baca,uhuk~Tajuk entri pada kali ini #DiJalanDakwahAkuBersamaApit.Ini penulisan berbentuk peribadi selama mana ana mengenal apit diatas jalan dakwah ini.

Mula berkenalan dengan akh apit sewaktu di program orentasi AQM,pada waktu itu kami satu kumpulan dan ana merupakan ketua kumpulan tersebut.Selama seminggu program tersebut tak tahu pun dia merupakan seorang akh yg juga turut bersama atas jalan dakwah ini.

Setibanya di Mesir baru tahu rupanya dia memang program sekali di Malaysia,maka kami pun dihalaqahkan bersama dengan naqib lagend akh Zahid.



Itu merupakan tempoh perkenalan ana dan apit,jadi straight to the point,beliau telah pun selamat berkahwin semalam pada tanggal 3/5/13 bersama ukht Nadhirah.Secara jujurnya ana sangat bergembira tapi terselit sedikit kesedihan dalam hati,kerana 2 tahun kami duduk serumah bersama dan pada tahun ini duduk bilik bersama banyak kenangan dan memori baik yg manis mahupun pahit.

Ana akan sentiasa terkenang saat kita mula kehilangan 'sumber' dan kita sama2 pening dan risau mcm mana nak terus bertahan atas jalan ini.

Ana akan sentiasa terkenang sewaktu ana masih bergelumang dengan jahiliah,anta akan tegur "syamil berapa lama dah anta ****?"

Ana akan sentiasa terkenang kita makan serapan sawabi',to'miyah dan ful bersama dalam bilik dan tutup pintu rapat2 supaya orang tak dengar kita bercurhat.

Ana akan sentiasa terkenang saat anta menasihati ana ketika futur "sampai bila kita nak mengharap orang akan sentiasa suap kita atas jalan dakwah ini" , "Kalau anta futur bacalah buku madrasah tarbiyah Hasan Al-Banna dalam tu complete semua ada".ohoi siapa yg tak terbakar balik kalau ada orang nasihat mcm tu.

Anta juga jenis yg susah nak kata tidak bila orang minta tolong,walau benda kecik mcm minta teman bawa motor pergi jawazat.hehe~

Lepas ni tak dapat dah sambut bersama,hehe~

Ana tak pandai nak bg ucapan semalam,jadi tulis kat sini je la.

Ucapan ana semoga anta terus thabat dan kuat diatas jalan dakwah ini,meningkatnya dalam maratib amal bukannya kerja kita semakin mudah,tetapi bertambah sukar,jangan lupa kami ikhwah yg masih lagi dalam fasa individu muslim =) 

Kata-kata anta yang ana paling ingat sekali ialah "Diri ana bukannya milik sesiapa,tapi diri ana milik jemaah" semoga kata2 ini terus kekal dalam diri anta.



Anta banyak mengubah sejarah hidup ana,doakan ana mampu jadi sehebat anta bahkan jauh lebih hebat dari anta,dan lepas ini tak dapat rasa duduk serumah dengan anta sampai ini sahaja memori kita duduk serumah bersama :)

Moment terindah hidup serumah di Beit Tilmisani.Sama2 berperang dengan jahiliah bersama ahli beit dengan penuh suka dan duka,nangis dan ketawa.haha.Allah menjadi saksi keseronokan kita semua.

Jaga Apit baik2 dari kami ahli Beit Abu Bakar~

P/s:kepada zaujah apit,jaga apit elok2,bagi makan cukup2..haha (ok ini nakal)

(air mata mengalir,masuk habuk la)

3 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes