Wednesday, January 23, 2013

Berbaloikah kepuasan itu?


Bismillah,lama tak menaip dan berkongsi,ada juga yg minta kalau boleh diupdatekan blog ini.Tak tahu apa yg seronoknya dalam blog ini.

Berbalik pada tajuk,berbaloikah kepuasan itu?Apa yg puasnya?

Berbaloikah kita melakukan dosa yg hanya untuk memuaskan kehendak nafsu syahwat kita?
Berbaloikah kita kikir dalam bersedekah hanya kerana untuk memuaskan kehendak kita semata-mata?
Berbaloikah kita mengutuk dan mencaci orang hanya kerana mahu melampiaskan kemarahan dan ketidak puasan hati kita?
Berbaloikah kita bermalas-malasan dalam menolong manusia lain?

Semua persoalan itu berbalik pada diri kita,tepuk dada sendiri dan tanya iman elok-elok.

Kadang-kadang kita cuba mengejar kepuasan yg ada didunia ini seolah-olah itulah benda yg kita patut kejarkan dan kepuasan itulah yg kita patut dapatkan.Kita lebih gemar berehat-rehat dalam dunia ini yg sifatnya sementara.

Teringat perkongsian Hilal "kita bersusah payah dekat dunia ini hanyalah sementara sahaja,tapi nikmat ataupun balasan yg bakal kita kecapi di akhirat kelak sifatnya kekal."
Jadi kenapa kita perlu ambil perkara yg sementara daripada yg kekal?

Penulisan ini hanya utk tampar diri sendiri jer sebenarnya,alangkah bagusnya kalau orang yg baca penulisan ini tertampar sekali =)

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. Salam, akhi. Cuma mahu memberikan pandangan. Perkataan nafsu, syahwat dan al-hawa, perlu dibezakan. Nafsu kalau dalam bahasa arab adalah diri sendiri. Syahwat bermaksud keinginan, keinginan ini tak kisah yang baik atau buruk. Dan syahwat sebenarnya bukan hanya seks semata-mata seperti yang orang biasa faham. Makan adalah syahwat, shopping adalah syahwat. Manakala al-hawa adalah keinginan yang jahat, yang Allah tak suka. Al-Hawa akan berlawanan dengan al-wahyu.

    Dah tertampar juga diri sendiri. :)

    Wallahua'lam. Seposen dua.

    ReplyDelete

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes