Monday, June 25, 2012

Kebahagiaan yang hakiki



Semua manusia inginkan kebahagiaan.Setiap perkara yang dilakukan semuanya demi mencari kebahagiaan,amat pelik bagi mereka yang melakukan sesuatu hanya untuk mencari sengsara.

Ada orang mendapatkan kebahagiaan dengan memudahkan urusan orang lain,ada juga dengan beribadah kepada Allah,ada juga dengan mencari kemewahan dunia bahkan ada juga yang mencari kebahagiaan dengan maksiat.

Tapi sayangnya kebahagiaan yang kita kecapi di dunia ini sememangnya Allah telah ciptakan penuh dengan kecacatan,dengan erti kata lain kebahagiaan di dunia ini tidak akan kekal.

Orang yang menikmati makanan yang sedap pasti akan hilang nikmatnya apabila perut telah kenyang,manakala orang yang berbelanja untuk mencari kesenangan pasti akan hilang nikmatnya apabila sudah ketiadaan duit.

Sudah tentu Allah menjadikan kebahagiaan di dunia ini penuh dengan cacat cela kerana Allah sayang akan kita.Kalaulah kebahagiaan di dunia ini sempurna sifatnya sudah tentu manusia tidak mahu meninggalkannya dan melupakan Allah dan juga hari akhirat.

Bahkan Rasulullah sendiri mengalami perkara ini.Ada satu kisah dimana nabi memiliki seekor unta yang bernama Al-Adhba'.Unta ini tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana unta para sahabat,sehinggalah suatu hari datang seorang Arab Badui yang mampu mengalahkan unta Rasulullah sehingga para sahabat tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.Maka Nabi bersabda "sudah menjadi hak Allah untuk tidak menaikkan sesuatu,kecuali dia akan menurunkannya"(HR Bukhari)


Jadi dekat mana kita bisa menemui kebahagiaan yang hakiki?

Jawapannya tiada kebahagiaan yang hakiki melainkan kebahagiaan di SYURGA kelak.

"Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaku yang soleh apa yang mata belum melihat,telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia"(HR Bukhari dan Muslim)

Setakat nikmat yang ada di dunia sudah tentu kita pernah dengar dan rasai,tetapi di syurga kelak nikmat yang bakal kita nikmati tidak pernah terpikir pun didalam kepala kita..Bidadari?Sungai yang boleh diminum?Rumah banglo?dan pelbagai lagi.

Jadi apa yang kita tunggu lagi?Berpenat lelahlah dalam melakukan kebaikkan di dunia demi mencapai kebahagiaan yang hakiki iaitu di SYURGA abadi.


No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes