Monday, July 23, 2012

Momen-Momen Ramadhan


Bismillah,(sambil membersihkan habuk2 dalam blog)

Alhamdulillah,pada tahun ini penulis masih dipilih oleh Allah dari kalangan hambanya yang di sampaikan ke bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini.Dan ini juga merupakan kali pertama penulis menyambut ramadhan di perantauan orang,sudah tentu apa yang dinanti-nantikan adalah perbezaan yang ada di bumi anbiya' ini.Jadi apa salahnya berkongsi sedikit apa yang bezanya dengan di Malaysia.

1.Cadangnya petang tadi nak ke masjid untuk iftar disana,tiba-tiba dalam perjalanan ada seorang pakcik arab tahan dan bagi nasi bungkus berlaukkan daging dan sedikit air minuman.Kalau semalam iftar di masjid kami dihidangkan dengan nasi arab dan berketul-ketul ayam.Jadi betullah bulan ramadhan dekat sini menjimatkan duit sebab makanan dah di 'support',kalau di Malaysia?Bazar ramadhan?Errr...



2.Kebiasaanya lepas solat asar masjid dah mula dipenuhi orang untuk bertilawah alquran sehingga waktu iftar,dan ini tak ada beza sangat pun dengan keadaan di malaysia yang juga menyediakan kuliah sebelum iftar.

3.Solat terawih disini kebanyakkan masjid buat 8 rakaat dan diselangi dengan tazkirah ringkas selepas rakaat ke 3 dan 4.Kalau di malaysia pukul 10 tu dah habis 20 rakaat,kami disini pula pukul 10 tu baru selesai 8 rakaat beserta witir,dan sudah tentu bacaan imam-imam dekat sini panjang-panjang tapi asalkan taranum mampu memukau makmum itu sudah cukup masyuk dan menghilangkan 'kemuakkan'.

4.Gara-gara subuh dekat sini pukul 3.30 maka kami dekat sini akan berjaga sehingga subuh untuk bersahur dan solat subuh berjemaah.Lepas subuh tilawah sampai 'pengsan'.

setakat itu momen-momen yang mampu dikongsi dalam 3 hari berpuasa disini,dan alhamdulillah  tahun ini tarikh lahir jatuh pada 1 ramadhan =),dan ini merupakan kali pertama menyambut hari lahir tanpa keluarga tercinta.sambut dengan ikhwah pun apa kurangnya.

Dan ramadhan kali ini juga ahli beit seorang demi seorang pulang ke tanah air tercinta,moga kita sama-sama dapat terus dengan momentum yang ada dalam meningkatkan amalan kita demi mencapai redha Ilahi pada bulan yang penuh kemuliaan ini dan mencapai ketakwaan kepadaNya

"Wahai mereka yang telah beriman, telah tertulis bagi kamu kewajipanberpuasa sepertimana telah diwajibkan bagi mereka sebelum kamu, supaya kamu bertakwa"

Wallaua'lam

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes