Tuesday, July 24, 2012

Malam Seorang Abid


Tika mana semua manusia lena dibuai mimpi yang indah dan tilam menjadi teman mereka pada waktu itu,aku pula bangkit melawan nafsu syahwatku dan memilih tikar sejadah menjadi penemanku pada waktu itu.

Tika mana manusia membuat maksiat dengan sorok-sorok di tengah malam tanpa meyakini Allah sentiasa mengawasinya,aku pula beribadah dengan meyakini Allah itu paling dekat dengan ku pada waktu sepertiga malam.

Tika mana manusia menghabiskan malamnya di kedai-kedai kopi bersama teman-teman mereka,aku pula memilih setia dengan ‘temanku’ bersama dengannya,bertaqarub dengannya hingga azan fajar berkumandang.

Tika mana manusia bersembang-sembang dan bergelak ketawa tentang perkara-perkara yang kosong,aku pula tenggelam dalam kesyahduan dan linangan air mata memohon doa agar diampunkan dosa dan dijauhkan azab api neraka pada Rabb yg satu.

Nikmat keheningan malam itu sering kita lupakan dengan pelbagai agenda keduniaan sedangkan pada waktu itulah saat paling membangkitkan perasaan dan roh keimanan pada Allah.

"Sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang."Al-Muzammil-6

Bagi mereka yang bergelar ‘sang penyeru’ atau daie sudah pasti membutuhkan malam-malam seperti ini demi mengisi jiwa dengan kekuatan imaniyah dan ruhiyah pada Allah.Mana mungkin tugasan-tugasan dakwah seorang daie itu diberi kekuatan dan kemudahan kecuali hanya dari Dia.

Amalan inilah juga yang diamalkan oleh generasi ‘agung’ yakni para sahabat demi mencari kekuatan dalam menongkah arus jahiliah yang deras dalam mereka menyebarkan dakwah.

Contohnya kisah dimana sultan Muhammad Al-Fateh dimana dia menziarahi khemah-khemah tenteranya pada waktu malam sewaktu perang membebaskan Konstantinopal.Tentera khemah pertama sedang berehat-rehat lalu beliau berkata “kekalahan akan datang dari khemah ini”.Tentera khemah kedua pula sedang bermunajat kepada Allah lalu beliau berkata “kemenangan pasti akan datang dari khemah ini”.

Hamas(sila search bg yang tak tahu) juga pernah meletakkan syarat bagi sesiapa yang ingin bekerja sesama mereka MESTI solat berjemaah subuh 3 bulan berturut tanpa tinggal walau sekalipun.Maka tak hairanlah sampai sekarang Hamas masih berdiri tegak kukuh menentang Israel walaupun mencecah lebih 50 tahun dalam mempertahankan Palestin.

Jadi bagaimana dengan qiam anda?ayuh sama-sama kita memperbaiki amalan kita sedikit demi sedikit.

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes