Wednesday, May 9, 2012

Ada apa dengan tangan yang meminta itu?



Doa menunjukkan kita ini hamba yang penuh dengan kelemahan.

Doa menunjukkan kita ini hamba yang penuh kehinaan.

Doa ini menjatuhkan keegoan kita dihadapan tuhan.

Doa ini menunjukkan kita ini memerlukan ‘teman’ untuk mengadu dan merintih.

Doa ini menunjukkan kita ini berhajat kepada sesuatu.

Itulah hakikat kemanusiaan yang penuh dengan 1001 kelemahan dan berhajat kepada sesuatu yang dapat menampung kembali kelemahan itu.

Realitinya manusia kini yang imannya rapuh bak tiang rumah yang dimakan anai-anai hanya tunggu masa ianya patah dan roboh perlahan-lahan,iman manusia kini semakin mudah terpesong dengan pelbagai ajaran-ajaran yang penuh kesesatan,takut-takut jatuh kelembah kekufuran dan kemurtadan.Na'uzubillah min zalik.

Lihat sahaja manusia masa kini apabila berhajat kepada sesuatu,kenapa dicarinya juga manusia yang  tidak punyai apa-apa?Seperti bomoh,skim-skim pelaburan,dan macam-macam lagi yang ada diluar sana.Dan meletakkan kepercayaan pada diri kita itulah satu-satunya jalan keluar daripada masalah yang kita sedang hadapi.Kenapa kita hendak merendahkan lagi martabat kita dengan meminta kepada mereka?

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Wahai manusia,sudah terang lagi bersuluh bertapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah dengan kita,minta sahaja pada dia apa sahaja yang kita hajati(perkara baik),nescaya Allah akan perkenankan hajat kita itu.

Berdoalah pada waktu yang mustajab seperti:-

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2. Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Ketika sujud dalam solat.
Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.
(Hadis Riwayat Muslim).

4. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Dan banyak lagi sebenarnya waktu yang mustajab untuk kita berdoa.Pokok pangkalnya kini kita nak bergantung pada siapa?Masih mengharapkan manusia?

Tepuk dada tanya iman dalam diri masing-masing kepada siapa kita meletak kepercayaan.

Wallahua’lam.

p/s:sekarang ni kebanyakkan orang tgh ‘exam fever’..bittaufiq semua =)


No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes