Wednesday, May 2, 2012

Leburnya mereka demi kita..Kita pula?


Kalaulah Mus’ab Umair menolak arahan Rasulullah untuk menjadi duta dakwah di Madinah kerana beratnya tugas tersebut

Kalaulah Asma’ binti Abu Bakar menolak tugasan yang diberikan iaitu menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahnya sewaktu mereka bersembunyi di gua thur kerana sarat mengandung pada waktu itu.

Kalaulah para sahabat tidak berpakat untuk melanggar piagam quraisy yg tujuannya untuk memboikot umat Islam yg berada di Mekah pada waktu itu.

Kalaulah Uthman Affan dan Abu Bakar tidak mengorbankan harta mereka demi persiapan untuk peperangan umat Islam.

Kalaulah Rasulullah tidak menghantar sebahagian umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk memelihara agama Islam pada waktu itu.

Kalaulah Abu Talib tidak melindungi Rasulullah berdakwah di Mekah sewaktu beliau masih hidup.

Kalaulah Ali tidak menggantikan tempat tidur rasulullah sewaktu hendak berhijrah.

Kalaulah Rasulullah memilih untuk terus berselimut tatkala surah Mudathir diturunkan ke atas baginda.

Banyak lagi kisah dalam sirah nabawiyah yg kita boleh letakkan diatas yang kita boleh letakkan KALAU.

Hakikatnya semua perkara yg tertulis di atas tak pernah berlaku sama sekali.
Pernahkah kita membayangkan sekiranya perkara-perkara diatas terjadi?Adakah pada saat dan ketika ini kita akan merasai nikmat beragama Islam pada hari ini?Adakah kita akan merasai nikmat berukhuwah atas nama Islam pada hari ini?Adakah kita akan melihat masjid-masjid yg tesergam indah pada hari ini?Dan berbagai-bagai soalan lagi.

 Alhamdulillah,benarlah hidayah itu milik Allah,Allah masih lagi memberikan cahaya hidayah itu masuk kedalam hati-hati orang mukmin yg Dia kehendaki.Diri ini rasa seakan-akan diketuk bila membaca sirah Nabi yang agung ini.Didalamnya terdapat jutaan mutiara yang boleh dikutip dan dijadikan muhasabah dalam hidup kita.

Tentu sahaja banyak faktor yang menyebabkan para sahabat radiallahuanhu/ha terus istiqamah dan kuat dalam menyebarkan dakwah Islam itu meskipun dihadapan mereka terletak 1001 cabaran yang sungguh menguji keimanan.Tapi mereka tidak sesekali membiarkan cabaran-cabaran(yg kalau kita baca dalam kitab sirah  memang tak masuk akal)itu melemahkan kaki-kaki mereka dalam melangkah untuk menyebarkan risalah Islam yang agung.

Pengorbanan mereka melibatkan masa,harta,nyawa,keluarga dan macam-macam lagi.Agak-agaknya la bersedia atau tidak kita kalau nak berkorban seperti mereka?Terutamanya kalau dah sampai seru berkorban nyawa..sigh~

Sungguh pengorbanan mereka memang tak terhingga demi menyampaikan risalah yang agung agar kita umat yg terkemudian ini dapat merasa nikmatnya hidup dalam agama Islam.Pengorbanan yang menuntut untuk mereka berasa penat lelah dan kesakitan yang tak terperinya.

Tapi kita pula bagaimana?

Adakah kita sudah berkorban demi menyebarkan dakwah Islam ini?

Adakah kita merasa selamat dengan Islam yg ada pada waktu ini?

Ya memang kita boleh cakap “Itu sahabat memangla,diaorang ada Nabi,Iman menggunung tinggi sebab itula boleh buat perkara2 yg mustahil”.Oh~..Tak semestinya kita perlu menjadi sebijik seperti mereka dan berkorban sama hebat seperti mereka.Setiap zaman dan ketika ada cara yang tersendiri dalam kita menyebarkan Islam.Tak semestinya kita kena pergi berperang,dan juga tak semestinya kita kena bersya’ir di depan khalayak ramai.Semua orang ada ‘logam’ yg sudah terbentuk dlm diri mereka yg boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan dakwah Islam.

Rasulullah Saw bersabda “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Berkorban dengan apa cara sekalipun demi Islam,biarlah kita mula sedikit demi sedikit,merangkak-rangkak tapi Islam itu tetap tersebar di tangan-tangan kita.Janganlah kita 'perasan lebih' dengan hanya menumpang kejayaan Islam di masa hadapan kelak tanpa kita berkorban walau sedikit pun.



Wallahua’lam




No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes