Saturday, April 21, 2012

Aku juga ingin menjadi baik,Tapi...


Aku nak jugak pi masjid, tapi masjid tu jauh la, dah la rumah aku "fouq kholis" (tingkat atas sekali) letih la naik turun, kalau aku larat aku pi la, tapi kalau dah penat malas la ,pastu panas la sekarang ni, nanti musim sejuk aku pi la,

Aku nak jugak baca Quran, tapi nanti kawan-kawan aku kata poyo pulak, takut nanti riak pulak, aku baca la nanti bila orang tak nampak,

Aku nak jugak join usrah , tapi bosan la asyik duduk ja dengar dia tu cakap, dia tu tak pandai nak buat lawak, boring la,, nanti kalau aku dapat naqib yang best aku pi la,

Aku tahu yang tengok cerita korea tu tak baik sebab banyak tengok aurat perempuan , tapi cerita tu best, lagipun dosa kecik ja kan tengok movie tu, bukannya awek tu tak pakai baju langsung, cuma ketat sikit ja pun,

Aku nak juga bercinta selepas kahwin, sebab cinta sebelum kahwin tu x elok, tapi aku mesej biasa2 ja dgn dia tu, aku kena la kenal juga sebelum kahwin, sembang pun sikit2 ja, jumpa pun sebulan sekali ja, tu pun ada kawan dia teman, sembang2 kosong ja pun, aku tau la batas2 tak la sampai nak buat zina kot,, haish

Aku nak juga sedekah dekat budak tepi jalan tu, tapi aku tengok dia macam ok ja, boleh ja hidup sampai sekarang, aku pun bukannya banyak sangat duit, nanti bila aku kerja boleh la nak sedekah,,

Aku memang nak tunduk pandangan tadi, tapi awek arab tadi tu seksi sangat dah la comel pulak tu, rugi la kalau tak tengok, usha sikit2 ja,,

Aku memang nak sangat jadi baik, tapi susah sikit la nak buat semua tu,nanti bila aku nak kahwin ka, aku pi la masjid selalu, aku baca Quran selalu.

Aku bukannya buat jahat pun kat orang lain, tapi nak buat semua ni malu la kat ahli bait aku ni, sebab aku tak biasa buat semua ni,

Aku nak jadi baik tapi pelan-pelan la,
Aku tahu kalau bukan aku yg mula ubah diri aku sendiri,ku akan menyesal nanti, tapi , , , , ,

Bisikan2 ini seringkali menganggu kita bila kita rasa nak buat baik.Banyak lagi bisikan atau godaan syaitan seperti ini bahkan ada yg lebih dahsyat lagi.Siapa yg tak kenal syaitan?Selagi mana kita hidup selagi itulah dia akan cuba menyesatkan kita dngn apa cara sekalipun.HADAFnya tetap satu,pastikan insan yg menyembah ALLAH itu SESAT dari jalannya yg lurus.

Antara Syaitan dan Nafsu,apa bezanya?

Dalam diri kita ada 2 musuh yg suka menganggu keamanan dlm jiwa kita iaitu syaitan dan nafsu.Apa beza keduanya?Nampak mcm sama.Sudah tentu kedua-duanya berbeza,syaitan peranannya akan membuka pintu maksiat/lagha sebanyak-banyaknya secara berperingkat(osemnya syaitan buat kerja dakyah),maka peranan nafsu adalah memilih salah satu pintu maksiat yg telah dibuka oleh syaitan.

Hurm..ok kita bawak contoh supaya mudah faham.Bila ada masa masa kosong,maka syaitan akan berbisik seperti “pergilah lepak dngn member2 tu,pergilah chatting dngn BF/GF tu,sembanglah tentang keaiban orang” dan 1001 bisikan lg.Maka nafsu kita akan memilih salah satu pintu maksiat yg luas ternganga itu mengikut kesesuaian/kepuasan diri kita.

Sudah tentu kita manusia yg mudah alpa ini akan termakan juga bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu sebab kita bukannya ma’sum mcm nabi.Tapi persoalannya disini,

Apa perkara yg kita buat selepas itu?

Adakah kita bertaubat selepas itu?

Dengan kadar segera atau berlengah-lengah?

Taubat cap hayam atau taubat nasuha yg kita buat?

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.
Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan
(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).

Ayuh!Insan yg bergelar hamba Tuhan untuk terus bertaubat sekalipun kita rasa mcm dah tak ada dosa(ini statement yg sngt mustahil) =)

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes