Monday, April 16, 2012

'Kemanisannya' tiada tandingan

[kredit]

Bismillah,

Alhamdulillah baru sahaja selesai kembara ke bumi Zagazig bersama teman2 dlm rangka merapatkan hubungan silaturahim sesama ikhwah.Sungguh banyak ibrah/pengajaran yg dapat diambil sepanjang 4 hari di bumi Zagazig(ada juga org panggil bumi baltaji(samseng) mesir)

Oh ya dlm kita berukhuwah sesama teman kita perjalanannya tak semudah yg disangka seperti yg tertera di kaca TV asal konflik jer maka boleh diselesaikan dngn hadiah dan ucapan minta maaf.Kita takkan dapat rasa ‘mahalnya’ ukhuwwah tersebut dngn hanya belanja makan,main bola bersama2,sembang2 kosong dan mcm2 lg aktiviti yg berbentuk kebersamaan kemudian full stop disitu sahaja.

Bahkan ia lebih dari itu,saya ulang LEBIH dari itu..kerana apa?Kerana dlm kita menjalinkan persahabatan bukannya kita selalu sama kepala,sama pendapat setiap masa tetapi kita akan sering tidak sekufu dlm kita berkongsi pendapat sebab tahap pemikiran manusia itu berbeza sekali,mustahil semua manusia mempunyai corak pemikiran yg sama,AMAT mustahil sekalipun kita cari kawan yg paling hampir sama minatnya dengan kita.

”Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

Di mana ‘manisnya’ ukhuwah kita?

Untuk merasai nikmatnya manis ukhuwwah itu,perkara ini tidak akan datang dlm masa yg sekejap.Masa memainkan peranan yg penting dlm proses kita membina hubungan silaturahim ini.Dlm perjalanan masa itulah berbagai perkara yg berlaku yg menuntut kita untuk bertindak mengikut kesesuaian.Pada waktu itulah sifat2 seperti berlapang dada,tolong menolong,memahami antara satu sama lain,memberikan kata2 semangat dan mcm2 lagi memainkan peranan yg sangat penting.

Erm..secara jujurnya susah sangat nak menceritakan bertapa manisnya ukhuwwah fillah ini,kerana lain orang lain ceritanya.Kalau nak rasa manisnya air sirap maka perlu diminum bukannya hanya baca ‘ingredient’ dan cara2 untuk membuatnya yg tertulis di luar botol.Begitu juga ukhuwah ini,nak rasa manisnya berukhuwwah fillah kita kena buat dulu hak2 dlm berukhuwah barulah dapat merasai nikmat ‘manisnya’ bukannya hanya sekadar membaca teori2 di buku-buku,blog-blog kemudian habis dikepala sahaja dan tidak diterjemahkan dlm bentuk amal.

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Wallahua’lam

p/s:Pengalaman membaca doa rabitah bersama ikhwah hingga berlinang air mata merupakan satu pengalaman yg paling berharga buat diri ini.~syukran ikhwah~

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes