Wednesday, April 11, 2012

Cinta yg perlu disambut


Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

Bismillah dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha penyayang,
Cuba kita baca hadis diatas dan lihat apa makna yg ingin disampaikan,pasti kita akan rasa betapa Maha Penyayangnya Allah dngn kita cuma kita yg selalu lupakan kasih sayang yg Allah telah berikan.

Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.Lihat potongan hadis yg ni betapa kita tak sangka mudahnya Allah nak ingat kita hanya dngn kita ingt Dia setiap waktu.Eh ini maknanya kita dapat perhatian yg Sang Pencipta tau bukannya perhatian manusia yg mcm biskut,sekejap ada,sekejap takda .Dahlah mcm biskut lepastu beribu cara kita kena buat supaya dia tu ingat dekat kita.Tapi itu pun tak pasti lepas tu dia ingt kita atau tidak.Sudah2lah kita mendambakan perhatian seorang manusia yg tak seberapa sangat.

Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.Ini satu lg bukti betapa Allah sngt sayang hamba2nya.Kalaulah kita nak dekat dngn manusia,janganla meletakkan harapan yg tinggi supaya mereka boleh buat 2 kali lebih hebat dari tu silap2 dibalasnya dngn 2 kali lebih rendah.
Masih nak menaruh ingatan seorang manusia yg paling utama?

Ada orang terlalu memikirkan mcm mana caranya kita mudah nak dekat dngn manusia2 lain.Maka dibuatnyalah berbagai jenis cara ‘luaran’ untuk menangkap perhatian si manusia.Tapi jangan lupa siapa yg menghubungkan silaturahim kita dngn manusia lain.

Sebab itu kita manusia yg lemah memerlukan cara ‘dalaman’ bukan ‘luaran’ sahaja.Maka dngn itu letakkanlah hubungan kita dngn Allah yg paling utama sekali,percayalah bila kita dah selesai hubungan kita dngn Allah maka hubungan kita dngn manusia akan dipermudahkan.

Nabi bersabda “Sesungguhnya jika Allah mencintai hamba-Nya,ia akan memanggil Jibril seraya berakta ‘Wahai Jibril,Aku mencintai si Fulan,maka cintailah ia.’Maka Jibril pun mencintainya,lalu ia Jibril menyeru penduduk langit,’Wahai penduduk langit,sesungguhnya Allah mencntai si Fulan,maka cintailah ia.’Maka penduduk langit pun mencintainya,sehingga ia pun dijadikan-Nya diterima(dicintai) oleh penduduk bumi” (HR Bukhari dan Muslim)

~Ayuh kita menyambut CINTA Allah yg Maha luarbiasa itu~

Wallahu a’lam

1 comment:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes