Wednesday, June 13, 2012

Jangan syok sendiri,hulurkan tanganmu itu



Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan(semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah).Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat

Bismillah,
Dalam surah An-Nasr Allah telah mengingatkan umatnya agar sentiasa bertasbih dan beristighfar saat kemenangan itu telah dikecapi.

Apa kaitannya kemenangan dengan tasbih dan istighfar?Apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita sebenarnya?Adakah kemenangan itu satu kesalahan sampai kena beristighfar pula?

Oh tidak,Allah menghendaki kita bertasbih agar kita mengagungkan Allah saat kita telah mengecapi kemenangan,kerna dengan izin Allah sahaja kita dapat mencapai kemenangan tersebut.

Dan Allah juga menghendaki kita beristighfar agar niat kita tidak terpesong sewaktu kita telah menang dan ingin menjaga penyakit-penyakit hati daripada memasuki dalam diri kita seperti takabbur,sombong dan lain.

Begitu juga dalam kehidupan kita,setiap orang ada turun naiknya iman dalam diri mereka.Bagi mereka yang imannya sedang naik tentu sahaja mudah dalam membuat kebaikkan,dan mereka yang sedang turun(futur) pula sangat berat dan susah dalam melakukan amal kebaikkan.

Bagi mereka yang imannya sedang naik janganlah anda berasa bagus sangat dan bangga dengan diri anda dan merendah-rendahkan mereka yang sedang mengalami kefuturan.”Apa nak jadila dngan dia ni,solat sunat pun malas,qiam tak buat,quran tak baca,apa entah lagi mathurat”.Awas orang yang berprasangka begini dan beristighfarlah kerana syaitan sedang menguasai anda.Anda perlu beringat Allah jua yang berikan kita kekuatan dalam kita hendak beramal.

Penulis tertarik dengan kata-kata seorang sahabat yang mengatakan”kita bersangka baiklah dengan teman-teman kita sehabis yang mungkin,mana tahu kita bangun qiam pukul 4 pagi tu tgk dia tengah tidur sedangkan mungkin dia dah qiam pukul 2 ker.”

Dan bagi mereka-mereka yang sedang menikmati nikmatnya iman,bantulah rakan-rakan anda yang mungkin tidak terdaya untuk beramal sorang-sorang.Hulurkan tangan walaupun mereka tidak meminta.Bukankah antara ciri-ciri 10 peribadi muslim itu bermanfaat kepada orang lain?

Mereka yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati pun sebagai orang kerdil. Mereka yang hidup untuk banyak orang akan hidup sebagai orang besar dan mati pun dikenang sebagai orang besar.” (Sayyid Quthb)

Wallahua’lam

p/s:kembali menulis insyallah.exam finished.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Premium Wordpress Themes